Pada Sabtu, 26 Julai lepas, sekali lagi MAX Family telah berjaya menganjurkan bengkel MAXimize Life: Colours Of Hope. Kami di MAX Family ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua peserta yang telah hadir dan menjayakan segala aktiviti yang dijalankan. Kami sangat berharap agar bengkel yang telah diadakan ini telah berjaya untuk memberikan info dan juga motivasi sebagaimana yang diharapkan.
Kami juga ingin mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kesemua doktor-doktor yang telah meluangkan masa dan ilmu dengan kesemua peserta, kepada kaunselor yang telah meluangkan masanya selama lebih 3 jam dalam sesi motivasi, jururawat dan kesemua staf Hospital Ampang yang telah membantu dan menyokong kami dalam segala hal, juga kepada sukarelawan yang telah menghabiskan seharian masa mereka untuk membantu kami dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar. Akhir sekali, kepada jawatankuasa penganjur dan kesemua insan-insan yang telah membantu, menyokong dan memberikan inspirasi kepada kami, TERIMA KASIH kami ucapkan.
Untuk sebarang komen dan maklumbalas, anda boleh berbuat demikian melalui laman ini ataupun emel kepada kami di mymaxfamily@gmail.com
Kami harap dapat bertemu anda lagi di acara yang akan datang.

