Maximize Life Workshop 28 Februari 2009


Max Family telah sekali lagi berjaya menganjurkan woksyop untuk pesakit CML dan ahli keluarga mereka. Kali ini ia bertempat di Auditorium Hospital Ampang dan telah dihadiri oleh hampir 100 orang peserta. Woksyop kali ini banyak membincangkan tentang topik pemakanan, sesi perbincangan kumpulan dan juga sesi motivasi.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para doktor, jururawat, speaker, ahli-ahli Max Family dan juga sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan woksyop pada kali ini.

Kepada pesakit CML dan ahli keluarga yang hadir pada kali ini, jutaan terima kasih juga diucapkan. Tanpa kehadiran dan sokongan anda, pasti segala acara yang kami rancangkan tidak akan berjaya.

Terima kasih semua!! Semoga kita berjumpa lagi.

Seterusnya......

Maximize Life Workshop pada Februari 2009

Bengkel Maximize Life yang pertama pada tahun 2009 ini akan diadakan pada hari Sabtu, 28hb Februari 2009 di Auditorium Hospital Ampang, Tingkat 2 Hospital Ampang. Penyertaan adalah dibuka kepada semua pesakit dan ahli keluarga pesakit CML. Tiada bayaran masuk dikenakan. Tuan puan di minta mendaftar pada atau sebelum 20hb Februari 2009

8.30pagi – 9.30pagi


Pendaftaran Peserta


 

9.30pagi – 12.30tengah hari


Sesi Pendidikan & Perbincangan Kumpulan (TOPIK: Mengenai CML, Diet & Pemakanan



12.30tengah hari – 1.30petang


Makan Tengah Hari



1.30ptg – 3.15ptg,


Sesi Motivasi Bersama Kaunselor



3.15ptg


Majlis Bersurai



Untuk mendaftar, sila HUBUNGI KAMI



DOWNLOAD FLYER (versi PDF)

Seterusnya......